Wednesday, 11 January 2017

Unit PMA

Unit Kesihatan Pintu Masuk  Antarabangsa (PMA) :
  1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
  3. Menyemak dan Memproses Dokumen K1 (Borang Pengisytiharan Kastam) dalam Sistem FoSim dan pelepasan konsainan yang tidak perlu tindakan lanjut setelah merujuk kepada Level Sistem FoSim.
  4. Menahan konsainan dalam sistem pelabuhan bagi tujuan pemeriksaan dan persampelan.
  5. Melakukan pemeriksaan fizikal bagi konsainan yang ditahan samada di lapangan atau di gudang.
  6. Melakukan persampelan bagi konsainan  yang ditahan samada di lapangan atau di gudang.
  7. Membuat dokumentasi dan proses ”undertaking”.
  8. Melakukan proses pelepasan melalui sistem Pelabuhan selepas pemeriksaan dilakukan sekira ianya mematuhi  Akta Makanan 1983.
  9. Melakukan pensampelan formal terutama di gudang selepas pemunggahan konsainan dilakukan.
  10. Melakukan dan menyelia proses pelabelan semula atau pemerosesan semula bagi konsainan yang tidak mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Atasan.
  11. Melakukan dan menyelia proses pelupusan konsainan yang tidak mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Atasan.
  12. Menahan, melak & mensampel makanan yang disyaki tidak selamat atau melanggar undang-undang.
  13. Mengambil tindakan untuk memusnahkan atau menolak makanan yang tidak selamat atau menyalahi undang undang.
  14. Memberi pelajaran kesihatan menerusi khidmat nasihat & bimbingan kepada orang ramai mengenai keselamatan makanan.
  15. Menjalankan kerja kerja pemeriksaan mayat (import & eksport).
  16. Melaporkan setiap kejadian penyakit berjangkit yang dikesan dipintu masuk kepada pegawai kesihatan daerah yang berhampiran.
  17. Pemeriksaan/pengawasan pekerja pekerja asing yang memasuki negara ini.
  18. Menyelia dan menjalankan kajian Aedes disekitar 400 meter sekeliling  pintu masuk. 
  19. Menyediakan kompaun di bawah seksyen 25 Akta Pencegahan & Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan notis  perintah di bawah (seksyen 8) Akta yang sama. 
  20. Menyediakan laporan dengan data terperinci mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
  21. Menyediakan laporan bulanan dan tahunan mengenai kegiatan pengimpotan makanan di pintu masuk.
  22. Menyimpan rekod, carta dan graf aktiviti aktiviti yang dijalankan & kemaskini data data dari masa kesemasa.

Unit UIP

Unit Inspektorat & Perundangan (UIP) :
  1. Bertanggungjawab kepada PPKP U32 daerah dalam aktiviti penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang kesihatan awam di sesebuah Pejabat Kesihatan Daerah.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta  Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
  3. Merekod, mengemaskini daftar fail siasatan dan mengemaskini dari masa ke masa.
  4. Menyediakan fail siasatan beserta kertas aduan, pertuduhan, saman serta fakta kes apabila menerima notis bertulis pelanggaran undang-undang daripada pegawai penyiasat.
  5. Merekod dan mendaftar serta menyimpan di bilik khas barang-barang kes dan fail-fail siasatan di sesebuah daerah.
  6. Bertanggungjawab dan memastikan kes didaftar di mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan.
  7. Menerima dan menyemak fail-fail siasatan dari Pegawai Penyiasat sebelum menyerahkan kepada Pegawai Pendakwa.
  8. Menyediakan dokumen permohonan sapina daripada mahkamah kepada saksi pendakwa.
  9. Menyediakan dan Memastikan Dokumen Saman, Pertuduhan, Sijil Juruanalisis, Sapina atau Waran Tangkap diserahkan kepada Orang Kena Saman.
  10. Bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes sebutan (mention case) di mahkamah.
  11. Mengumpul dan mengemaskini laporan keputusan pendakwaan (case notes / precedence) kes-kes dari masa ke masa.
  12. Bertanggungjawab ke atas pengumpulan semua bahan-bahan rujukan serta mengemaskini pindaan undang-undang.
  13. Bertanggungjawab mengemaskini data dan maklumat penguatkuasaan dan pendakwaan.
  14. Bertanggungjawab menyimpan fail dan eksibit serta menjaga rekod keluar masuk bahan-bahan tersebut.
  15. Bertanggungjawab menguruskan pelupusan barang-barang kes atas arahan mahkamah.
  16. Membantu Pegawai Pendakwa dalam penyediaan kes-kes rayuan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri.
  17. Menyediakan reten bulanan dan laporan tahunan bagi aktiviti penguatkuasaan di daerah.

Unit KMAM

Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) :
  1. Bertanggunjawab kepada Penolong Pegawai KesihatanPersekitaran Gred U32.     
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Mengurus aktiviti-aktiviti Kawalan Mutu Air Minum seperti menyediakan jadual persampelan tahunan bagi program persampelan bekalan air awam dan program peningkatan dan penyiasatan mutu air minum di ladang-ladang, lombong, pulau pelancongan dan di luar bandar.
  4. Melaksanakan dasar dan polisi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Program Kawalan Mutu Air Minum.
  5. Mengambil sampel air serta menjalankan ujian tapak untuk sampel fizikal, bakteria dan kimia.
  6. Mengambil sampel bakteria dan kimia serta menghantar sampel tersebut ke Jabatan Kimia.
  7. Menjalankan aktiviti pengawalan mutu air minum di ladang-ladang, lombong, pusat pelancongan dan di luar bandar seperti yang dijadualkan, pengambilan sampel serta menganalisa sampel, menghantar sampel ke Jabatan Kimia dan termasuk menyediakan dan menyemak laporan.
  8. Menjalankan Kajian Kebersihan dan Penilaian Risiko Kesihatan ke atas punca air, loji rawatan air dan sistem agihan seperti yang dijadualkan termasuk menyedia dan menyemak laporannya serta menjalankan tindakan susulan.
  9. Menyediakan dan menyemak laporan bulanan, suku tahun, setengah tahun, tahunan dan laporan-laporan lain yang berkaitan.
  10. Menyediakan data asas, peta, graf bagi program Kawalan Mutu Air Minum.
  11. Menyelanggara peralatan yang dibekalkan untuk Unit Kawalan Mutu Air Minum.
  12. Menyelengara dan menyimpan rekod, data-data, garispanduan dan fail-fail yang berkaitan.
  13. Merancang dan mengawal perbelanjaan Unit Kawalan Mutu Air Minum.
  14. Menjalankan Aktiviti Pendidikan Kesihatan bagi kumpulan sasaran yang berkenaan. 
  15. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan dengan Kawalan Mutu Air Minum yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari masa ke semasa dan semasa wabak, bencana alam dan temasya

Unit BAKAS

Unit Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS) :
  1. Bertanggunjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.    
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Mengurus dan menyelia projek fizikal kesihatan luar bandar melalui perkhidmatan pelupusan najis, sampah dan air pelimbahan dan perkhidmatan bekalan air yang selamat dan mencukupi.
  4. Memantau keputusan analisa contoh air dari projek-projek Kementerian Kesihatan Malaysia yang diambil untuk analisa mikrobiologi dan kimia.
  5. Penilaian keberkesanan projek fizikal kesihatan dan
  6. Memantau  pembelian alatandan bahan binaan untuk projek .
  7. Mengawal selia peruntukan perbelanjaan BAKAS.
  8. Mengurus aktiviti-aktiviti penyelengaraan projek.
  9. Menyemak laporan/reten yang berkaitan dengan unit BAKAS.
  10. Membuat verifikasi stok BAKAS di Pejabat Kesihatan Daerah.
  11. Menyelia kakitangan di  Unit BAKAS.
  12. Menghadiri mesyuarat  Jawatan Kuasa Kemajuan Kampong dan mesyuarat  penyelarasan daerah.
  13. Membuat penganlisaan terhadap data asas lokaliti kampong-kampong.
  14. Merancang dan bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan dalam  meningkatkan kemudahan asas kesihatan.


Unit BKKM

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan :
  1. Bertanggunjawab kepada Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran Gred U32.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Melaksana aktiviti-aktiviti pendaftaran premis makanan dan pemeriksaan premis makanan.
  4. Melaksana aktiviti-aktiviti persampelan makanan.
  5. Melaksana aktiviti-aktiviti pemeriksaan kesihatan pengendali makanan.
  6. Menjalankan pemeriksaan premis-premis makanan seperti kilang-kilang makanan, hotel, kantin-kantin sekolah, restoran-restoran, gerai-gerai makanan dan lain-lain lagi yang mana premis-premis yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan makanan.
  7. Menjalankan aktiviti Persampelan Makanan seperti persampelan makanan Analisis Kimia, Mikrobiologi dan Fizikal.
  8. Menjalankan operasi penutupan premis-premis makanan tak suci.
  9. Menjalankan Operasi Lak Dan Sita Makanan di Supermarket, Mini Market,Kedai Runcit dan lain-lain premis makanan lagi.
  10. Menyediakan kertas-kertas siasatan bagi kes-kes yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan makanan 1983 bagi tujuan pendakwaan.
  11. Menjalankan operasi-operasi atas arahan ‘ Food Alert”.
  12. Memeriksa premis-premis pengeluar dan juga makanan untuk dieksport bagi tujuan pengeluaran sijil kesihatan
  13. Menjalankan pendidikan kesihatan kepada  pengendali-pengendali makanan dan juga kepada orang awam.
  14. Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan kepada industri kecil dan sederhana.
  15. Merekod, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segala aduan yang berkaitan dengan makanan.
  16. Menyediakan dan menyemak laporan mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun , tahunan dan juga laporan-laporan yang berkaitan.
  17. Menyediakan  dan menyelenggara data asas, graf, garis panduan dan fail-fail yang berkaitan.

Unit VEKTOR

Penyakit Bawaan Vektor :
  1. Bertanggunjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.                       
  3. Menyiasat kes demam denggi/denggi berdarah membuat ‘follow-up’ dan menyediakan laporan kes.
  4. Menyelia aktiviti kajian aedes di lapangan.
  5. Menyelia aktiviti fogging/ULV/semburan ulangan dan permintaan.
  6. Menyelia lain-lain aktiviti pencegahan & kawalan yang dijalankan saperti ‘source reduction & destroy ’, abating, kajian ovitrap.
  7. Menyediakan kompaun di bawah seksyen 25 Akta  Pencegahan & Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975  dan notis perintah di bawah (seksyen 8 ) Akta yang sama.
  8. Menyediakan borang pengaduan yang berkaitan bagi proses tindakan mahkamah.
  9. Menjadi Pegawai Penyiasat/ saksi dalam kes pendakwaan di mahkamah.
  10. Menyiasat kes malaria, menyediakan laporan dan menyelia aktiviti ikutan  kes malaria.
  11. Menyelia segala aktiviti tindakan kawalan seperti semburan residual, kajian kontak, rawatan radikal kelambu, berubat dan sebagainya.
  12. Menyelia aktiviti kajian darah MBS/ACD/RBS
  13. (malaria/filariasis) di kem-kem tentera, ladang, projek/tapak pembinaan, Kg.Orang Asli dan sebagainya serta memantau aktiviti PCD di ladang-ladang dan di kemudahan kesihatan.
  14. Menyelia aktiviti kajian lalat di premis kediaman,premis perniagaan, pasar basah,hotel /resort dan sebagainya.
  15. Menyelia aktiviti tinjau alam (kemaskinikan peta GR jika perlu).
  16. Mendapatkan sebut harga dan menguruskan pembelian peralatan/ alat ganti untuk mesin fogging, mesin ULV, peralatan PPE dan lain-lain peralatan untuk Unit Kawalan Vektor.
  17. Menguruskan dan menyelia aktiviti pendidikan kesihatan, pameran, tayangan gambar, ceramah, mengedarkan risalah dan mengadakan ceramah.
  18. Mengurus dan menjalankan program COMBI peringkat daerah.
  19. Menyiasat  kes-kes penyakit bawaan vektor yang lain (jika ada) seperti JE, Scrub Thyphus, Yellow fever, Filiriasis.
  20. Memantau dan penilaian program bebas denggi di sekolah dan di kemudahan kesihatan  serta menyediakan laporan yang berkaitan.
  21. Melaksana dan menilai program Kawalan LILATI (Lipas lalat dan Tikus).
  22. Mengatur dan menjalankan  program latihan/kursus ulangkaji/taklimat  untuk anggota vektor.
  23. Bertanggungjawab terhadap penyelengaraan stok peralatan  termasuk  racun serangga.
  24. Merekodkan dan menyimpan senarai inventori/harta modal dalam kad harta modal dan  kad Inventori.
  25. Membuat laporan wabak, laporan QAP, laporan ‘spesifikasi output‘ dan laporan tahunan aktiviti KPBV.
  26. Menyedia dan menyemak reten-reten harian, mingguan, bulanan, reten suku tahun, reten ½ tahun dan reten tahunan.

Unit NCD

Unit Penyakit Tidak Berjangkit :
  1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Menjalankan pemeriksaan kebersihan ladang  mengikut Peraturan-Peraturan Minima (Piawai Minima Perumahan Pekerja).
  4. Memeriksa Creche (tempat menjaga anak) mengikut peraturan-peraturan Piawaian minima Perumahan (tempat menjaga anak) pekerja 1969 dan Akta (piawaian Minima Perumahan 1966.
  5. Menjalankan pemeriksaan  sekolah serta kantin dibawah Education Act 1961, Schoool general regulation 1951 dan Akta Taman Asuhan kanak-kanak 1984.
  6. Memeriksa (vetting) dan memberi ulasan kesihatan ke atas pelan-pelan tapak dan pelan-pelan bangunan samada untuk kediaman, perniagaan , hotel dll dibawah Akta jalan ,Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta  & Peraturan-peraturan (Piawaian Minima Perumahan Pekerja) 1994.
  7. Menjalankan pemeriksaan serta memberi ulasan terhadap permohonan-permohonan lesen perniagaan seperti Tadika, Taska, barang-barang lusuh, menjual arak serta lain-lain  perniagaan bukan makanan.
  8. Menyiasat aduan dan mengenalpasti masalah-masalah yang timbul berhubung dengan kesihatan awam dan mengambil tindakan yang sewajarnya .
  9. Mememeriksa dan menyediakan laporan mengenai kebersihan hospital termasuk hospital persendirian di bawah Akta Hospital Persendirian 1991.
  10. Menghadiri Mesyuarat Teknikal bagi kelulusan pelan tapak bangunan.
  11. Mengendali  Program Bandar Sejahtera.
  12. Menjalankan pemeriksan udara dalaman dan luaran dengan peralatan tertentu bagi individu dan persekitaran.
  13. Menjalankan  kajian  dari semasa ke semasa  mengikut kepeluan seperti kejadian  silicosis  di kuari dan kesan penggunaan racun makhluk perosak  ke atas kesihatan pekerja.
  14. Menjalankan kerja-kerja  penilaian bahaya kesihatan di tempat kerja.
  15. Menjalankan  siasatan kes-kes keracunan kimia seperti racun makhluk perosak  dan penyakit-penyakit berkaitan dengan pekerjaan.
  16. Mengumpul  dan mengurus data  asas kilang dan ladang  untuk dibuat pengawasan disamping menyimpan, merekod aktiviti-aktiviti kesihatan cara kerja yang lain.
  17. Memberi  khidmat nasihat  dan latihan kepada  majikan dan pekerja mengenai kesihatan pekerjaan.
  18. Menyiasat dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan alam sekitar untuk tindakan jabatan/agensi yang berkaitan .
  19. Pengawasan penyakit berhubung dengan pekerjaan dan alam sekitar.