Wednesday, 11 January 2017

Unit KMAM

Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) :
  1. Bertanggunjawab kepada Penolong Pegawai KesihatanPersekitaran Gred U32.     
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Mengurus aktiviti-aktiviti Kawalan Mutu Air Minum seperti menyediakan jadual persampelan tahunan bagi program persampelan bekalan air awam dan program peningkatan dan penyiasatan mutu air minum di ladang-ladang, lombong, pulau pelancongan dan di luar bandar.
  4. Melaksanakan dasar dan polisi Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai Program Kawalan Mutu Air Minum.
  5. Mengambil sampel air serta menjalankan ujian tapak untuk sampel fizikal, bakteria dan kimia.
  6. Mengambil sampel bakteria dan kimia serta menghantar sampel tersebut ke Jabatan Kimia.
  7. Menjalankan aktiviti pengawalan mutu air minum di ladang-ladang, lombong, pusat pelancongan dan di luar bandar seperti yang dijadualkan, pengambilan sampel serta menganalisa sampel, menghantar sampel ke Jabatan Kimia dan termasuk menyediakan dan menyemak laporan.
  8. Menjalankan Kajian Kebersihan dan Penilaian Risiko Kesihatan ke atas punca air, loji rawatan air dan sistem agihan seperti yang dijadualkan termasuk menyedia dan menyemak laporannya serta menjalankan tindakan susulan.
  9. Menyediakan dan menyemak laporan bulanan, suku tahun, setengah tahun, tahunan dan laporan-laporan lain yang berkaitan.
  10. Menyediakan data asas, peta, graf bagi program Kawalan Mutu Air Minum.
  11. Menyelanggara peralatan yang dibekalkan untuk Unit Kawalan Mutu Air Minum.
  12. Menyelengara dan menyimpan rekod, data-data, garispanduan dan fail-fail yang berkaitan.
  13. Merancang dan mengawal perbelanjaan Unit Kawalan Mutu Air Minum.
  14. Menjalankan Aktiviti Pendidikan Kesihatan bagi kumpulan sasaran yang berkenaan. 
  15. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan dengan Kawalan Mutu Air Minum yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari masa ke semasa dan semasa wabak, bencana alam dan temasya

No comments:

Post a Comment