Unit Inspektorat & Perundangan (UIP) :
- Bertanggungjawab kepada PPKP U32 daerah dalam aktiviti penguatkuasaan dan pendakwaan undang-undang kesihatan awam di sesebuah Pejabat Kesihatan Daerah.
- Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
- Merekod, mengemaskini daftar fail siasatan dan mengemaskini dari masa ke masa.
- Menyediakan fail siasatan beserta kertas aduan, pertuduhan, saman serta fakta kes apabila menerima notis bertulis pelanggaran undang-undang daripada pegawai penyiasat.
- Merekod dan mendaftar serta menyimpan di bilik khas barang-barang kes dan fail-fail siasatan di sesebuah daerah.
- Bertanggungjawab dan memastikan kes didaftar di mahkamah dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menerima dan menyemak fail-fail siasatan dari Pegawai Penyiasat sebelum menyerahkan kepada Pegawai Pendakwa.
- Menyediakan dokumen permohonan sapina daripada mahkamah kepada saksi pendakwa.
- Menyediakan dan Memastikan Dokumen Saman, Pertuduhan, Sijil Juruanalisis, Sapina atau Waran Tangkap diserahkan kepada Orang Kena Saman.
- Bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes sebutan (mention case) di mahkamah.
- Mengumpul dan mengemaskini laporan keputusan pendakwaan (case notes / precedence) kes-kes dari masa ke masa.
- Bertanggungjawab ke atas pengumpulan semua bahan-bahan rujukan serta mengemaskini pindaan undang-undang.
- Bertanggungjawab mengemaskini data dan maklumat penguatkuasaan dan pendakwaan.
- Bertanggungjawab menyimpan fail dan eksibit serta menjaga rekod keluar masuk bahan-bahan tersebut.
- Bertanggungjawab menguruskan pelupusan barang-barang kes atas arahan mahkamah.
- Membantu Pegawai Pendakwa dalam penyediaan kes-kes rayuan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri.
- Menyediakan reten bulanan dan laporan tahunan bagi aktiviti penguatkuasaan di daerah.
No comments:
Post a Comment