Unit Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) :
- Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
- Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Makanan 1983, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975, Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
- Menyemak dan Memproses Dokumen K1 (Borang Pengisytiharan Kastam) dalam Sistem FoSim dan pelepasan konsainan yang tidak perlu tindakan lanjut setelah merujuk kepada Level Sistem FoSim.
- Menahan konsainan dalam sistem pelabuhan bagi tujuan pemeriksaan dan persampelan.
- Melakukan pemeriksaan fizikal bagi konsainan yang ditahan samada di lapangan atau di gudang.
- Melakukan persampelan bagi konsainan yang ditahan samada di lapangan atau di gudang.
- Membuat dokumentasi dan proses ”undertaking”.
- Melakukan proses pelepasan melalui sistem Pelabuhan selepas pemeriksaan dilakukan sekira ianya mematuhi Akta Makanan 1983.
- Melakukan pensampelan formal terutama di gudang selepas pemunggahan konsainan dilakukan.
- Melakukan dan menyelia proses pelabelan semula atau pemerosesan semula bagi konsainan yang tidak mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Atasan.
- Melakukan dan menyelia proses pelupusan konsainan yang tidak mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Atasan.
- Menahan, melak & mensampel makanan yang disyaki tidak selamat atau melanggar undang-undang.
- Mengambil tindakan untuk memusnahkan atau menolak makanan yang tidak selamat atau menyalahi undang undang.
- Memberi pelajaran kesihatan menerusi khidmat nasihat & bimbingan kepada orang ramai mengenai keselamatan makanan.
- Menjalankan kerja kerja pemeriksaan mayat (import & eksport).
- Melaporkan setiap kejadian penyakit berjangkit yang dikesan dipintu masuk kepada pegawai kesihatan daerah yang berhampiran.
- Pemeriksaan/pengawasan pekerja pekerja asing yang memasuki negara ini.
- Menyelia dan menjalankan kajian Aedes disekitar 400 meter sekeliling pintu masuk.
- Menyediakan kompaun di bawah seksyen 25 Akta Pencegahan & Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan notis perintah di bawah (seksyen 8) Akta yang sama.
- Menyediakan laporan dengan data terperinci mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
- Menyediakan laporan bulanan dan tahunan mengenai kegiatan pengimpotan makanan di pintu masuk.
- Menyimpan rekod, carta dan graf aktiviti aktiviti yang dijalankan & kemaskini data data dari masa kesemasa.
No comments:
Post a Comment