Wednesday, 11 January 2017

Unit NCD

Unit Penyakit Tidak Berjangkit :
  1. Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Menjalankan pemeriksaan kebersihan ladang  mengikut Peraturan-Peraturan Minima (Piawai Minima Perumahan Pekerja).
  4. Memeriksa Creche (tempat menjaga anak) mengikut peraturan-peraturan Piawaian minima Perumahan (tempat menjaga anak) pekerja 1969 dan Akta (piawaian Minima Perumahan 1966.
  5. Menjalankan pemeriksaan  sekolah serta kantin dibawah Education Act 1961, Schoool general regulation 1951 dan Akta Taman Asuhan kanak-kanak 1984.
  6. Memeriksa (vetting) dan memberi ulasan kesihatan ke atas pelan-pelan tapak dan pelan-pelan bangunan samada untuk kediaman, perniagaan , hotel dll dibawah Akta jalan ,Parit dan Bangunan 1974, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan Akta  & Peraturan-peraturan (Piawaian Minima Perumahan Pekerja) 1994.
  7. Menjalankan pemeriksaan serta memberi ulasan terhadap permohonan-permohonan lesen perniagaan seperti Tadika, Taska, barang-barang lusuh, menjual arak serta lain-lain  perniagaan bukan makanan.
  8. Menyiasat aduan dan mengenalpasti masalah-masalah yang timbul berhubung dengan kesihatan awam dan mengambil tindakan yang sewajarnya .
  9. Mememeriksa dan menyediakan laporan mengenai kebersihan hospital termasuk hospital persendirian di bawah Akta Hospital Persendirian 1991.
  10. Menghadiri Mesyuarat Teknikal bagi kelulusan pelan tapak bangunan.
  11. Mengendali  Program Bandar Sejahtera.
  12. Menjalankan pemeriksan udara dalaman dan luaran dengan peralatan tertentu bagi individu dan persekitaran.
  13. Menjalankan  kajian  dari semasa ke semasa  mengikut kepeluan seperti kejadian  silicosis  di kuari dan kesan penggunaan racun makhluk perosak  ke atas kesihatan pekerja.
  14. Menjalankan kerja-kerja  penilaian bahaya kesihatan di tempat kerja.
  15. Menjalankan  siasatan kes-kes keracunan kimia seperti racun makhluk perosak  dan penyakit-penyakit berkaitan dengan pekerjaan.
  16. Mengumpul  dan mengurus data  asas kilang dan ladang  untuk dibuat pengawasan disamping menyimpan, merekod aktiviti-aktiviti kesihatan cara kerja yang lain.
  17. Memberi  khidmat nasihat  dan latihan kepada  majikan dan pekerja mengenai kesihatan pekerjaan.
  18. Menyiasat dan menyediakan laporan yang berkaitan dengan alam sekitar untuk tindakan jabatan/agensi yang berkaitan .
  19. Pengawasan penyakit berhubung dengan pekerjaan dan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment