Wednesday, 11 January 2017

Tugas PPKP U29

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 :

  • Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
  • Pegawai Diberi Kuasa dan Menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  • Penyiasatan semua kes penyakit berjangkit yang dilaporkan untuk Mengesan punca dan Mengawal keadaan supaya tidak merebak.
  • Pemeriksaan dan Pengeluaran Premit Import Mayat.
  • Menjalankan kerja-kerja Pengawasan apabila diperlukan untuk mengawasi keluarga atau kontak bagi tujuan pencegahan penyakit berjangkit.
  • Mencari dan Mengesan Kontak pesakit, menjalankan kawalan dan mencegah  penyakit dari merebak.
  • Memberi Pendidikan Kesihatan kepada masyarakat mengenai penyakit berjangkit  melalui Ceramah, Pameran, Dialog dan sebagainya.
  • Menyelenggarakan kerja-kerja Disinfeksi apabila berlaku wabak penyakit  berjangkit.
  • Menyediakan laporan-laporan dan reten-reten yang berkaitan dengan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.
  • Menyediakan dan Mengemaskinikan Rekod-Rekod, Data, Graf dan Carta yang berkaitan dengan aktiviti Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.
  • Mengendalikan kerja-kerja pengeluaran Sijil Kesihatan Antarabangsa di bawah “International Health Regulation’ dengan memberi suntikan pelalian dan sebagainya.
  • Bertugas sebagai ahli Pasukan Kesihatan dalam kerja berhubung dengan wabak dan bencana alam.
  • Pengurusan Sistem Maklumat Kawalan Penyakit Berjangkit (E-Notifikasi).
  • Pengurusan Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan (TBIS).
  • Menerima notifikasi , merekod & menyemak kes-kes HIV/AIDS yang dilaporkan dalam AIDSTrax & secara manual.
  • Menjalankan penyiasatan kes, melakukan pengesanan kontak dan pemberitahuan kepada pasangan.
  • Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada kes dan kontak dan juga  keluarganya.
  • Menjalankan siasatan ulangan (follow-up) terhadap kes-kes HIV/AIDS/STI.
  • Penyediaan dan penghantaran reten setiap bulan ke Jabatan Kesihatan Negeri.
  • Menjalankan aktiviti penyeliaan terhadap pengurusan  jenazah/mayat pesakit HIV/AIDS.
  • Sebagai penyelaras  Program PROSTAR  di daerah .
  • Mengaturkan  promosi kesihatan  yang berkaitan pencegahan AIDS/STI.
  • Lain-lain tugasan seperti yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pegawai  atasan.


No comments:

Post a Comment