Wednesday, 11 January 2017

Unit BKKM

Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan :
  1. Bertanggunjawab kepada Penolong Pegawai kesihatan Persekitaran Gred U32.
  2. Pegawai diberi kuasa dan menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.           
  3. Melaksana aktiviti-aktiviti pendaftaran premis makanan dan pemeriksaan premis makanan.
  4. Melaksana aktiviti-aktiviti persampelan makanan.
  5. Melaksana aktiviti-aktiviti pemeriksaan kesihatan pengendali makanan.
  6. Menjalankan pemeriksaan premis-premis makanan seperti kilang-kilang makanan, hotel, kantin-kantin sekolah, restoran-restoran, gerai-gerai makanan dan lain-lain lagi yang mana premis-premis yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan makanan.
  7. Menjalankan aktiviti Persampelan Makanan seperti persampelan makanan Analisis Kimia, Mikrobiologi dan Fizikal.
  8. Menjalankan operasi penutupan premis-premis makanan tak suci.
  9. Menjalankan Operasi Lak Dan Sita Makanan di Supermarket, Mini Market,Kedai Runcit dan lain-lain premis makanan lagi.
  10. Menyediakan kertas-kertas siasatan bagi kes-kes yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan makanan 1983 bagi tujuan pendakwaan.
  11. Menjalankan operasi-operasi atas arahan ‘ Food Alert”.
  12. Memeriksa premis-premis pengeluar dan juga makanan untuk dieksport bagi tujuan pengeluaran sijil kesihatan
  13. Menjalankan pendidikan kesihatan kepada  pengendali-pengendali makanan dan juga kepada orang awam.
  14. Memberi khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan kepada industri kecil dan sederhana.
  15. Merekod, menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segala aduan yang berkaitan dengan makanan.
  16. Menyediakan dan menyemak laporan mingguan, bulanan, suku tahun, setengah tahun , tahunan dan juga laporan-laporan yang berkaitan.
  17. Menyediakan  dan menyelenggara data asas, graf, garis panduan dan fail-fail yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment