Wednesday, 11 January 2017

Tugas PPKP U29

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 :

  • Bertanggungjawab kepada Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U32.
  • Pegawai Diberi Kuasa dan Menguatkuasakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Akta Makanan 1983, Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  • Penyiasatan semua kes penyakit berjangkit yang dilaporkan untuk Mengesan punca dan Mengawal keadaan supaya tidak merebak.
  • Pemeriksaan dan Pengeluaran Premit Import Mayat.
  • Menjalankan kerja-kerja Pengawasan apabila diperlukan untuk mengawasi keluarga atau kontak bagi tujuan pencegahan penyakit berjangkit.
  • Mencari dan Mengesan Kontak pesakit, menjalankan kawalan dan mencegah  penyakit dari merebak.
  • Memberi Pendidikan Kesihatan kepada masyarakat mengenai penyakit berjangkit  melalui Ceramah, Pameran, Dialog dan sebagainya.
  • Menyelenggarakan kerja-kerja Disinfeksi apabila berlaku wabak penyakit  berjangkit.
  • Menyediakan laporan-laporan dan reten-reten yang berkaitan dengan Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.
  • Menyediakan dan Mengemaskinikan Rekod-Rekod, Data, Graf dan Carta yang berkaitan dengan aktiviti Unit Kawalan Penyakit Berjangkit.
  • Mengendalikan kerja-kerja pengeluaran Sijil Kesihatan Antarabangsa di bawah “International Health Regulation’ dengan memberi suntikan pelalian dan sebagainya.
  • Bertugas sebagai ahli Pasukan Kesihatan dalam kerja berhubung dengan wabak dan bencana alam.
  • Pengurusan Sistem Maklumat Kawalan Penyakit Berjangkit (E-Notifikasi).
  • Pengurusan Sistem Maklumat Tibi Kebangsaan (TBIS).
  • Menerima notifikasi , merekod & menyemak kes-kes HIV/AIDS yang dilaporkan dalam AIDSTrax & secara manual.
  • Menjalankan penyiasatan kes, melakukan pengesanan kontak dan pemberitahuan kepada pasangan.
  • Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada kes dan kontak dan juga  keluarganya.
  • Menjalankan siasatan ulangan (follow-up) terhadap kes-kes HIV/AIDS/STI.
  • Penyediaan dan penghantaran reten setiap bulan ke Jabatan Kesihatan Negeri.
  • Menjalankan aktiviti penyeliaan terhadap pengurusan  jenazah/mayat pesakit HIV/AIDS.
  • Sebagai penyelaras  Program PROSTAR  di daerah .
  • Mengaturkan  promosi kesihatan  yang berkaitan pencegahan AIDS/STI.
  • Lain-lain tugasan seperti yang diarahkan dari masa ke semasa oleh Pegawai  atasan.


Unit-Unit Utama Di Bawah Seliaan PPKP

Berikut Adalah Unit-Unit Utama Di Bawah Seliaan PPKP :

1.        Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP)
2.        Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC, SURVELAN, TB/KUSTA, AIDS/STI)
3.        Unit Kawalan Penyakit Bawaan VEKTOR
4.        Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
5.        Unit Kawalan Mutu Air Minum (KMAM)
6.        Unit Bekalan Air & Kesihatan Alam Sekeliling (BAKAS)
7.        Unit Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (KPAS)
8.        Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD : LSD & MessVip)
9.        Unit Kesihatan Antarabangsa (PMA)
10.      Unit Promosi Kesihatan (UPK)

Ringkasan Tugas PPKP :

Bertanggungjawab Merancang, Mengurus, Menilai dan Melaksana Aktiviti Kesihatan Awam dan Kesihatan Persekitaran mengikut bidang tugas yang ditetapkan.

  • Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit, Penyakit Tidak Berjangkit, Penyakit Bawaan Vektor)
  • Keselamatan dan Kualiti Makanan.
  • Bekalan Air dan Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS).
  • Kawalan Mutu Air Minum (KMAM).
  • Kesihatan Awam di Pintu Masuk (Lapangan Terbang, Pelabuhan dan Darat).
  • Penguatkuasaan dan Perundangan.
  • Kawalan Penyakit Berjangkit.